Little Rainbow
Jangan kau hina
Sunday, May 12 • 6:25 AM • 0 comments



Bismillahirrahmannirahim. Assalamualaikum w.b.t

Wahai hamba Allah,
Setiap insan itu telah dikurniakan perasaan,
Malah haiwan sekalipun turut mempunyai perasaan,
Tidak kah kau lihat?
Seekor ibu kucing meratapi bangkai anak-anaknya dengan kesedihan?
Tidak kah pernah kau terfikir bahawa manusia juga sama?

Wahai makhluk Allah,
Sedarlah engkau!
Sedarlah engkau bahawa aku mempunyai hati.
Adakah kau tahu apa itu gurauan?
Adakah kau tahu apa itu hinaan?
Apakah kau bisa membezakan antara keduanya?

Wahai khalifah Allah ,
Aku kecewa. Aku sedih dengan sikapmu.
Namun siapa aku untuk bersuara.
Kita adalah khalifah Allah,
Kita adalah hamba Allah,
Kita adalah sama tapi tidak serupa.
Sedarkah engkau akan hal ini?
Jangan pernah kau rasa hebat,
Jangan pernah kau rasa sempurna.

YaAllah,
kuatkan semangatku agar aku bisa tabah,
lembutkan hatiku untuk memaafkan mereka,

**Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas segala kurniaannya. Thankyou Allah. Uhibbu Allah.














Welcome to my blog. Please navigate around happily. And follow me if you like to ;> #Pistachio #JongKook

Diary About Link Stuff




Template By: Umi Humaira
Big helped: Wana
Owner: Nadia